fbpx

Lelaki diserang harimau ketika berswafoto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki bergambar dengan seekor harimau di Phuket. - Foto X/@sidhshuk

BANGKOK – Lawatan ke sebuah taman haiwan di Phuket bertukar menjadi detik ngeri bagi seorang pelancong India selepas dia diserang harimau ketika cuba berswafoto dengan binatang buas itu,  lapor portal berita India Today hari ini.

Video ngeri itu dikongsi oleh pengguna platform X, @sidhshuk semalam.

“Rupa-rupanya seorang lelaki India diserang harimau di Thailand. 

“Ini adalah salah satu tempat di mana mereka memelihara harimau seperti haiwan peliharaan dan orang ramai boleh merakam  swafoto, memberi haiwan itu makan dan lain-lain aktiviti,” tulisnya.

Walaupun keadaan sebenar lelaki itu tidak dapat disahkan, video itu menimbulkan kebimbangan serius mengenai tempat pelancongan hidupan liar tersebut.

Dalam klip video itu, harimau tersebut tiba-tiba menendang lelaki itu dengan kamera dipegangnya bergegar. 

Visual menjadi kabur tetapi jeritan kuat bergema dalam video tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI