fbpx

Kempunan tunai haji, RM71,000 ‘ghaib’ ditipu ejen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hasbullah ketika bercakap pada sidang di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini.- Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Padah tidak menggunakan perkhidmatan agensi pengendali haji yang berdaftar, seorang individu kerugian lebih RM71,000 serta kempunan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, kes berkenaan merupakan satu-satunya kes yang dilaporkan kepada pihaknya pada musim haji kali ini.

“Setakat ini ada satu kes yang dilaporkan melibatkan seorang jemaah yang mengalami kerugian kira-kira RM71,000.

“Saya dimaklumkan juga pada tahun ini kerajaan sudah mengecilkan pengeluaran visa mujamalah untuk rakyat Malaysia menunaikan haji. Jadi, pengeluaran permit itu menjadi amat ketat.

“Kita percaya disebabkan situasi ini maka akan wujud pelbagai cubaan untuk mereka menawarkan pelbagai pakej bagi memperdayakan mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JSJK Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, trend penipuan pakej haji meningkat walaupun jumlah mangsa mengecil.

Untuk rekod katanya, pada tahun 2023, sebanyak 11 kes penipuan pakej haji dicatatkan dengan jumlah kerugian mencecah RM649,631.

“Walaupun jumlah kes menurun kepada hanya empat pada tahun 2024, nilai kerugian dilaporkan meningkat ketara kepada RM874,100. Ia adalah satu lonjakan yang membimbangkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI