fbpx

Bahasa ‘bola sepak’ hubungkan Palmero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Palmero telah membuat debut bersama Harimau Malaya pada aksi menentang Cape Verde semalam. - Foto ihsan Malaysia NT

TONGGAK warisan baharu Harimau Malaya, Gabriel Palmero mengakui bahasa ‘bola sepak’ menjadi medium komunikasi bersama rakan sepasukan selepas membuat penampilan debut antarabangsa pada aksi bertemu Cape Verde semalam.

Pada perlawanan itu, pemain pertahanan kelahiran Sepanyol mempamerkan aksi positif sepanjang lebih 70 minit perlawanan apabila berjaya mengekang asakan pasukan pelawat untuk menjaringkan lebih banyak gol.

Kata Palmero, pertuturan dalam bahasa bola sepak cukup penting kerana masih belum fasih berbahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sepasukan di atas padang.

“Saya cuba untuk berikan yang terbaik, tetapi ini belum lagi prestasi maksimum dan saya perlu bekerja keras. Mengenai keserasian bersama rakan sepasukan, saya cuba berkomunikasi dengan lebih kerap walaupun bahasa Inggeris saya tidak begitu fasih.

“Namun, di atas padang lebih mudah kerana kita bercakap menggunakan bahasa bola sepak dan rakan-rakan sepasukan juga banyak membantu saya,” katanya.

Mengulas lanjut, pemain kelab Tenerife berusia 23 tahun itu turut mengakui cuba untuk menghafal lagu kebangsaan, Negaraku dan menyanyikannya sebelum perlawanan bermula.

“Saya belajar (lirik) daripada Youtube dan banyak kali berlatih untuk menyanyikan lagu ini (Negaraku),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI