fbpx

Amorim mahu peminat terus percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM berharap para peminat mampu untuk terus menyokong United biarpun sedar mereka berada pada titik terendah musim ini.

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim berharap peminat setia di rantau Asia tidak serik untuk terus menyokong pasukan itu tidak kira apa sahaja situasi sama ada susah atau senang yang melanda mereka pada masa akan datang.

Skuad The Red Devils telah dikritik hebat susulan tewas kepada pasukan ASEAN All-Stars 0-1 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin sekali gus mengecewakan lebih 70,000 penyokong setia United.

Kata Amorim, penyokong perlu kekal optimis pasukan mampu kembali berada pada zaman kegemilangan dan percaya dengan proses yang dilakukan.

“Jika peminat mampu (beli tiket), teruskan sokong Manchester United. Mereka perlu terus percayakan kami tidak kira apa sahaja yang berlaku.

“Mengenai perlawanan, kalau kita menang 5-0 pun, orang akan beri pendapat yang berbeza dan menyatakan ini hanyalah perlawanan persahabatan. Apa yang penting, selepas ini pemain menunjukkan mentaliti juara,” katanya.

Sementara itu, Amorim turut memuji kapten ASEAN All-Stars yang juga pemain naturalisasi Harimau Malaya, Sergio Aguero yang dianggap cukup tenang untuk membantu tuan rumah mendominasi perlawanan di awal saingan.

“Pasukan ASEAN All-Stars agak bagus dan berjaya bertahan sebagai satu pasukan. Aguero juga pemain yang baik di posisi tengah dan mereka layak untuk menang,” kata pengendali kelahiran Portugal itu.

United yang telah tiba di Malaysia sejak Isnin lepas sudah selamat tiba di Hong Kong bagi mengharungi aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan negara itu di Stadium Nasional malam ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI