fbpx

Akaun WhatsApp Saifuddin digodam dari luar negara – JSJK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hasbullah pada sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Siasatan awal pihak polis mendapati akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dipercayai digodam dengan menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) luar negara.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, maklumat tersebut diperolehi hasil satu laporan dibuat ke atas kes berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal itu juga katanya, penggodam telah menghantar pautan URL kepada kenalan mangsa di aplikasi WhatsApp selepas berjaya menggodam.

“Setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kerugian, tindakan pantas oleh pegawai-pegawai menteri yang melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terperdaya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JSJK Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut berkaitan kes terbabit masih berjalan dan pihaknya kini sedang mengesan keberadaan dan lokasi penggodam terbabit.

“Kita juga telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya.

Pada Isnin lalu, Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan akaun WhatsApp milik Saifuddin telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Jelas kenyataan itu, kejadian tersebut adalah serius dan perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI