fbpx

SUV hentam konvoi motosikal lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah motosikal yang dirempuh. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik kemalangan antara konvoi motosikal dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Kejadian berlaku di Bandung, wilayah Jawa Barat.

Dalam kejadian tersebut, sebilangan anggota konvoi RX King itu dilihat menunggang  motosikal secara beriringan sehingga ada yang melawan arus.

Sebuah Pajero Sport yang datang dari arah berlawanan kemudian merempuh kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, tiada maklumat rasmi mengenai kemalangan jiwa dalam nahas itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI