fbpx

Penduduk berarak hindar hantu penanggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai berarak di kawasan kampung sambil berselawat. - Instagram

JAKARTA – Penduduk di wilayah Kalimantan Selatan mengadakan perarakan di sekeliling kampung selepas seorang penduduk tempatan ternampak kelibat bebola api terbang yang dipercayai hantu penanggal, lapor portal berita Banjarmasin Post.

Kejadian berlaku di Banjarmasin pada 6 Mei lalu. 

Rakaman kejadian dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @info_banjarmasin memaparkan orang ramai berarak mengelilingi kawasan kampung sambil berselawat pada waktu malam. 

Mereka berbuat sedemikian untuk menolak bala kerana hantu penanggal dipercayai membawa petanda buruk. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ini semua mitos,” kata seorang netizen. 

“Orang tertentu sahaja yang boleh nampak hantu penanggal,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI