fbpx

Kejohanan tinju robot pertama dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua robot G1 bertarung di bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang pada Ahad lepas. - Unitree

BEIJING – Sebuah syarikat robotik di wilayah Zhejiang melakar sejarah apabila mengadakan pertarungan tinju robot humanoid pertama di dunia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin. 

Kejohanan Robot Dunia – Siri Mecha Fighting diadakan di bandar Hangzhou, Ahad lepas. 

Menurut syarikat Unitree, pertarungan itu melibatkan empat robot humanoid digelar G1 yang memiliki ketinggian 130 sentimeter dan berat 35 kilogram. 

Selain mempunyai pergerakan lincah, G1 dilengkapi teknologi canggih dan boleh dikawal melalui suara atau alat kawalan jauh tanpa wayar. 

Kesemua robot itu diawasi oleh pengadil manusia untuk memastikan ia bertarung mengikut peraturan. 

Rakaman yang disiarkan oleh stesen penyiar CCTV menunjukkan robot-robot itu memakai pelindung kepala dan sarung tangan seperti peninju sebenar. 

Pemenang bagi pertarungan itu adalah sebuah robot yang dikawal oleh seorang pempengaruh  teknologi bernama Lu Xin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI