fbpx

Kecekapan, semangat pasukan faktor kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Mei 2025 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri di sini, hari ini.-Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA- Kecekapan, dedikasi dan semangat berpasukan semua pihak disifatkan menjadi faktor utama kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua urusan berkaitan berjalan dengan lancar hasil komitmen luar biasa daripada jentera kerajaan dan rakyat.

“Saya lihat di semua peringkat, anak-anak kita penjawat awam, semuanya hebat. Dari lapangan terbang, perbarisan, polis, imigresen, MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad), pengurusan hotel, Kementerian Luar Negeri yang menyelaraskan, (sehingga) Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkaitan urusan protokol.

“Saya pun pening dengan protokol, tetapi saya hormat apa yang pegawai arahkan Perdana Menteri. Saya ikut (semua aturan protokol), kenapa? Sebab kita negara yang ada peraturan dan bekerja sebagai pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan JPM di sini hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berakhir pada 27 Mei lalu selepas beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian strategik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI