fbpx

Anwar luah rasa bangga kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menerusi satu rakaman video meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Menurut beliau, keseluruhan jentera kerajaan serta sektor swasta termasuk hotel, peniaga dan rakyat biasa bersama-sama menjayakan persidangan tersebut.

“Tentunya ada kesukaran sedikit bagi rakyat daripada segi perjalanan, sekolah dan sebagainya, tapi saya hanya nak luahkan isi hati tentang kebanggaan saya,” katanya hari ini.

Anwar berkata, penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 bukan sesuatu yang mudah kerana melibatkan sebanyak 10 buah negara yang membabitkan pelbagai aspek protokol serta perbincangan.

Kata beliau, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 malah kali pertama dalam sejarah melibatkan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang memperlihatkan kehadiran Emir, Raja, Perdana Menteri dan Putera Raja.

“Mereka namun lihat persiapan yang begitu baik dan ini yang mereka ceritakan kepada saya termasuk China. Semuanya kagum dengan disiplin, kebersihan, protokol, kenderaan walaupun kenderaan kita itu relatif kecil kerana kita guna EV.

“Kemudian polis, keselamatan itu saja jentera kerajaan yang keseluruhannya ribuan orang bekerja bertungkus lumus dengan penuh semangat. Kemudian hotel-hotel… mereka raja-raja ini dan ketua-ketua negara bangga dengan cara mereka dilayan, peraturan dan kesempurnaannya,” katanya.

Anwar turut memuji pertunjukkan budaya pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang disifatkan bertaraf antarabangsa kerana membuatkan para tetamu berasa kagum serta tidak sedikit pun berasa bosan sepanjang tempoh satu jam 40 minit.

“Jadi saya rasa inilah rahsia kita bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh melibatkan semua kementerian. Allhamdulillah kita bangga kerana kekuatan dan semangat yang ditunjukkkan. Terima kasih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI