fbpx

‘Tak semua orang kulit putih cantik, yang gelap pun OK’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ryzal (kiri) dipuji netizen berjaya menerapkan pemikiran dalam diri anaknya bahawa kecantikan seseorang itu tidak mengenal warna kulit.

PETALING JAYA – Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim meraih pujian netizen selepas berkongsi cara mendidik anak perempuannya, supaya tidak menilai kecantikan seseorang berdasarkan warna kulit.

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 33, menegur anaknya, Rina secara lembut kerana memberi tanggapan kurang tepat terhadap individu berkulit gelap.

“Moana (watak Disney) itu pun cantik bukan? Walaupun kulit dia coklat. Rina tidak boleh cakap kulit warna coklat tu tidak cantik. Coklat pun cantik.

“Rina pun kulit warna coklat tetapi cantik juga.

“Jadi tidak semua orang kulit putih itu cantik. Ada sahaja yang kulit ‘brown’, ‘black’ tetapi mereka cantik,” katanya dalam TikTok.

Menjengah ruangan komen, rata-rata memuji dan menyokong cara didikan Ryzal kepada puterinya tentang tidak mempunyai tanggapan negatif berdasarkan warna kulit.

“Saya memang kagum cara awak didik Rina. Cara awak terangkan sesuatu itu jelas, penuh hormat, siap bagi contoh yang bagus pula itu,” kata seorang netizen.

“Ini yang kita mahu. Terima kasih sebab buat macam ini. Anak pun dididik dengan sangat baik. Ramai lagi patut tahu yang semua jenis warna kulit itu memang cantik sangat,” ujar netizen.

“Bagus ayahnya. Harap semua mak ayah boleh ada sembang macam ini dengan anak-anak,” kata seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI