fbpx

Pelajar Tingkatan 1 lemas mandi Pantai Kuala Oya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat remaja lelaki yang mati lemas ketika mandi di Pantai Kuala Oya, petang semalam.

MUKAH – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mati lemas ketika mandi di Pantai Kuala Oya, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.18 petang dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi.

“Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung pada pukul 6.42 petang dalam radius 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI