fbpx

Lima pelajar kolej vokasional bergaduh, pukul rakan asrama ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KEMAMAN – Seramai lima pelajar sebuah kolej vokasional di sini ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pergaduhan dan pukul seorang pelajar lelaki di dalam bilik asrama semalam.

Kesemua pelajar berusia 17 tahun terbabit ditahan pada pukul 5 petang berikutan aduan dibuat mangsa pada tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, Kejadian pergaduhan dan pukul itu dikatakan berlaku pada pukul 12.30 tengah malam, semalam.

“Ia dipercayai berpunca disebabkan rasa tidak puas hati antara mangsa berusia 17 tahun dengan salah seorang suspek menendang katil untuk mengejutkan daripada tidur ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, ia menyebabkan mangsa dan suspek bertengkar sebelum beberapa rakan lain masuk campur dan didakwa memukul mangsa.

Beliau berkata, mangsa terbabit telah dirujuk ke klinik bagi melakukan pemeriksaan dan kelima-lima pelajar terbabit kini ditahan reman selama tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI