fbpx

Jurutera cari polis lepas kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KULAI – Seorang jurutera muda berputih mata selepas wang simpanan berjumlah RM169,500 lebur akibat terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun membuat laporan polis tentang kejadian itu pada semalam.

Katanya, mangsa memaklumkan tertarik dengan dakwaan pelaburan yang menjanjikan pulangan antara lapan hingga 20 peratus hanya dalam tempoh tujuh hari.

“Mangsa kemudian bersetuju membuat 11 transaksi ke dalam satu akaun antara 3 April hingga 22 Mei lalu dengan nilai keseluruhan RM169,500,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, aplikasi P3-DMA menunjukkan mangsa memperoleh keuntungan sebanyak RM422,662.34, namun gagal membuat transaksi pengeluaran dan diminta membuat pembayaran tambahan berjumlah RM80,000 jika mahu mengeluarkan wang tersebut.

“K es disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI