fbpx

Pemandu treler tidak mengaku sebabkan kematian mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVANATHAN didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa seorang lelaki pada tahun lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa seorang lelaki pada tahun lalu.

Tertuduh, K.Sivanathan, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu treler jenis Scania didapati dengan cuai memandu kenderaan tersebut telah menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 48 tahun.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 6.25 petang di Jalan Lombong Emas Kawasan Perindustrian Seremban pada 9 Mac 2024.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhmmad zul Azrin Zainuddin menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lee Boon Shian memohon agar tertuduh dikenakan jaminan minima dengan alasan tertuduh sudah berkahwin yang mana pasangannya tidak bekerja dan menanggung dua orang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3, 000 dan tertuduh telah membayar jaminan tersebut.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 Jun depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI