fbpx

Pavilion al-Falah lancar 22 buku baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim ketika melancarkan Majlis Perasmian Pavilion al-Falah sempena PBAKL 2025 disini, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR — Sebanyak 22 buku baharu telah dilancarkan Pavilion al-Falah dengan kerjasama 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im berkata, Pavillion al- Falah mengetengahkan pelbagai penerbitan serta informasi berkaitan perkhidmatan hal ehwal agama Islam kepada masyarakat umum.

“Penyertaan ini merupakan satu manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan syiar Islam.

“Melalui pembudayaan amalan membaca dalam kalangan rakyat selari dengan wahyu pertama yang diturunkan iaitu tuntutan membaca,” katanya di Pusat Dagangan Dunia (WTC), disini hari ini.

Pavilion al-Falah turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang pesta berlangsung antaranya sesi bicara penulisan, forum ilmiah, pelancaran buku baharu, resensi buku, serta sesi bersama penulis-penulis terkenal.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Pavillion al-Falah yang dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI