fbpx

Liverpool ‘gigit jari’ angkara Ten Hag?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG (kanan) menandatangani kontrak dua tahun sebagai pengendali baharu Leverkusen.

LEVERKUSEN – Liverpool semakin agresif memburu bintang Bayer Leverkusen, Florian Wirtz selepas kelab itu dikatakan sudah mengemukakan bidaan rasmi bernilai £84 juta (RM480 juta) untuk mendapatkan bintang muda berusia 22 tahun itu.

Bagaimanapun, situasi itu bertambah menarik apabila pengurus baharu Leverkusen, Erik ten Hag tidak menolak kemungkinan untuk mengekalkan Wirtz di BayArena meskipun kelab Jerman tersebut menetapkan harga £126 juta (RM720 juta).

“Dia pemain yang sangat hebat. Saya seronok melihat perkembangannya. Sama ada dia kekal atau tidak, itu belum pasti,” kata Ten Hag yang mengambil alih tugas selepas Xabi Alonso berhijrah ke Bayern Munich.

Difahamkan, Wirtz sudah memberi lampu hijau untuk berhijrah ke Anfield dan menolak minat Bayern Munich, namun rundingan mengenai struktur pembayaran dan terma perpindahan masih berlangsung.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano mendedahkan Liverpool mahu menyelesaikan urusan perpindahan itu secepat mungkin untuk mengelak persaingan lain yang mungkin muncul.

Dalam masa sama, The Reds turut mengintai rakan sepasukan Wirtz iaitu Jeremie Frimpong sebagai calon pengganti jangka panjang kepada Trent Alexander-Arnold dengan pemain itu memiliki klausa pelepasan bernilai £30 juta (RM171 juta).

Liverpool kini bersedia untuk menyuntik nafas baharu ke dalam skuad Arne Slot menjelang musim 2025/26, dengan beberapa pemain baharu termasuk Frimpong dijangka menjadi antara muka baharu di benteng pertahanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI