fbpx

Guru didakwa marah murid buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden tular seorang guru memarahi murid perempuan di kantin sebuah sekolah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular memaparkan kejadian seorang murid perempuan diherdik dan dimarahi oleh seorang guru di laman media sosial.

“Rentetan daripada video tersebut, satu laporan polis telah dibuat seorang wanita tempatan berusia 40 tahun yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Kajang kira-kira pukul 10.26 pagi, semalam.

“Wanita itu menafikan penglibatannya dalam kejadian yang berlaku serta meminta siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Naazron berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pihak ibu bapa atau mangsa berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah).

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya termasuk menjalankan siasatan berhubung insiden terbabit.

Menterinya, Fadlina Sidek dilaporkan berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan untuk memantau perkara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI