fbpx

Dia yang lawan arus, teksi yang kena undur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teksi berwarna biru terpaksa mengundur. - Facebook/SGRV

SINGAPURA – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu secara melawan arus enggan mengalah, sebaliknya terus bergerak ke hadapan sehingga memaksa sebuah teksi mengundur bagi memberi laluan kepadanya, lapor laman berita Must Share News semalam.

Kejadian berlaku di Serangoon North Avenue 1, Serangoon, Singapura.

Video tular mengenainya memaparkan SUV jenama Mazda berwarna hitam itu bertembung dengan sebuah teksi di satu laluan sempit.

Menurut laporan, SUV tersebut dipandu di lorong yang salah.

Pemandunya bagaimanapun enggan mengalah, membuatkan pemandu teksi terpaksa mengundur bagi memberi laluan kepadanya.

Kedua-dua kenderaan tersebut bergerak hingga ke penghujung laluan dan tiba di tengah simpang.

Pemandu Mazda bagaimanapun masih enggan berganjak sebelum beberapa kenderaan lain membunyikan hon yang memaksa dia membelok ke kanan dan berlalu dari situ.

Video itu dimuat naik di laman sosial dan mengundang banyak kecaman daripada pengguna media sosial terhadap sikap pemandu Mazda tersebut.

“Keselamatan sepatutnya lebih penting daripada ego,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI