PUTRAJAYA – Cerapan hilal bagi menentukan permulaan bulan Zulhijah 1446 Hijrah yang dijalankan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang tadi mendapati anak bulan tidak kelihatan.
Cerapan bermula pada jam 7.20 malam dan berakhir kira-kira jam 7.35 malam itu diketuai oleh Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhamad Sujak Muhamad Dasuki.
Proses cerapan menggunakan kriteria imkanur-rukyah yang mana hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut iaitu ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak kurang daripada 3 dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 6.4 darjah.
Justeru, anak bulan tidak dapat dilihat di lokasi cerapan PICC.
Penetapan tarikh 1 Zulhijjah mengambil kira keputusan cerapan dari 29 lokasi rasmi di seluruh negara serta pengiraan hisab.
Cerapan hilal Zulhijah 1446H dilakukan di 29 lokasi cerapan rasmi di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE