PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan mengajukan soalan cepumas sewaktu mereka bertemu di sebuah restoran baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di platform TikTok, Ustaz Azhar dilihat berseloroh dengan Syed Saddiq berkaitan jodoh sehingga membuatkan ahli politik muda tersebut tersipu-sipu malu.
“Bila nak duduk berdua? Orang mana (calon), utara ke selatan?” tanya UAI sambil tersenyum.
Syed Saddiq pula hanya tergelak sambil menunduk malu sebelum meminta pendakwah tersebut agar mendoakan urusan jodohnya dipermudahkan.
Aksi spontan itu mengundang reaksi lucu netizen yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai gurauan.
“Eleh-eleh… Suruh ustaz doakan pula. Confirmlah (sahlah) tu tahun depan (makan) nasi minyak,” kata @Taemaru12.
“Soalan yang mewakili orang Malaysia, terima kasih ustaz,” kata netizen lain.
“UAI ni selalu tanya Zizan soalan ni. Siap buat lawak kata ‘beruk pun ada pasangan’ ni YB (Yang Berhormat) pula kena tanya. Terbaik,” balas pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@primavaletOrang mana korang rasa? Utara atau selatan? Ke belah belah laut china selatan sana ? Ehh 🤣♬ original sound – primavalet