fbpx

‘Sudahlah ceroboh, kita pula dia nak saman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASWANDI (dua dari kiri) bersama beberapa pemilik tanah pada sidang media berkaitan isu penceroboh tanah Kampung Bukit Gemereh di Kampung Belukar Durian, Tanjung Sedili di sini hari ini.

KOTA TINGGI – Pemilik tanah di Kampung Bukit Gemereh, Tanjung Sedili di sini merayu campur tangan Menteri Besar Johor agar isu penceroboh tanah di ladang berkenaan yang didakwa berlaku sejak tahun 2017 dapat diselesaikan.

Wakil penduduk, Aswandi Mohammad Salleh, 50 berkata lebih 10 orang pemilik tanah telah membuat laporan polis selepas kebun mereka diceroboh untuk ditanam tanaman kontan.

“Pencerobohan terhadap kami melibatkan tindakan memasuki kawasan persendirian, membersih, menanam pokok seperti kelapa, durian, tanaman kontan dan sebagainya serta mendirikan struktur sementara di atas tanah persendirian yang jelas melanggar hak milik yang sah di sisi undang-undang.

“Insiden ini bukan sahaja telah menyebabkan gangguan kepada pemilik tanah, malah berpotensi menimbulkan risiko keselamatan dan konflik,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Dia yang bekerja sebagai juruteknik di syarikat minyak dan gas membeli tanah berkenaan sejak lebih setahun lalu untuk dijadikan pelaburan selepas bersara kesal selepas tanahnya diceroboh.

“Seperti saya sendiri telah beli tanah seluas empat ekar itu dengan harga RM100,000 untuk diusahakan tanaman sawit tapi bila hendak buat tiba-tiba sudah ada tanaman pokok kelapa. Bila kita cabut pokok itu mereka pula mahu saman padahal itu di tanah kita,” ujarnya..

Menurutnya, sebuah syarikat induk telah menawarkan kepada semua hampir 200 pemilik tanah kurnia kerajaan negeri di situ untuk mengusahakan tanah mereka namun tidak semua yang bersetuju dengan tawaran tersebut.

Tambahnya dia sendiri telah berhabis kira-kira RM50,000 untuk melantik peguam susulan tindakan saman ke atasnya ekoran telah mencabut tanaman kelapa yang ditanam secara haram di tanah kebunnya itu.

Aswandi berkata ekoran itu dia bersama beberapa pemilik tanah baru-baru ini telah menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi untuk permohonan pembukaan kertas siasatan berkaitan kes pencerobohan tanah tersebut.

Sehubungan itu dia mencadangkan satu sesi dialog diadakan antara pemilik tanah dan syarikat berkenaan untuk mencari penyelesaian termasuk kehadiran wakil daripada Pejabat Menteri Besar Johor dan agensi kerajaan terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman ketika dihubungi memaklumkan sebanyak 15 laporan polis telah diterima membabitkan isu penceroboh itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI