fbpx

Malaysia, Kemboja sepakat perkukuh kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Hun Manet mengadakan pertemuan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Kemboja bersetuju kerjasama antara kedua-dua negara perlu terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk dalam bidang pelaburan dan perdagangan, industri halal, keselamatan siber, perbankan Islam, tenaga dan pertahanan.

“Mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

“Kami membincangkan terkait kerjasama antara kedua-dua negara yang perlu terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Anwar berkata, kerjasama erat itu adalah manifestasi kesungguhan kedua-dua negara untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk rantau yang aman, stabil dan makmur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI