fbpx

Kerani rugi RM109,000 diperdaya skim pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

DUNGUN – Seorang kerani kedai perkasasan di daerah ini mengalami kerugian sebanyak RM109,000 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan palsu.

Wanita berusia 40 tahun membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa mula tertarik dengan iklan pelaburan berkenaan yang dilihatnya di Facebook pada Mac lalu sebelum berhubung dengan suspek yang mengaku sebagai ejen.

“Mangsa kemudian diarah membuka akaun perdagangan saham dan membuat pelaburan awal sebanyak RM3,000,” katanya hari ini.

Maizura berkata, dua minggu kemudian, wanita itu diminta membuka aplikasi saham lain selepas dia mengadu tidak menerima keuntungan.

Mangsa kemudian mengeluarkan pelaburan daripada akaun perdagangan saham lama untuk dilaburka ke dalam akaun baharu.

“Mangsa melakukan tujuh transaksi pemindahan wang berjumlah RM109,000 sejak bulan lalu sebelum menyedari ditipu apabila tidak menerima keuntungan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI