fbpx

Juara Liga Europa tak malu dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTECOGLOU menjulang trofi Liga Europa dimenangi mereka pada aksi terakhir EPL menentang Brighton semalam. - AFP

LONDON –  Kekalahan 1-4 kepada Brighton pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam tidak pernah ‘mematikan’ jiwa dan kegembiraan para penyokong Tottenham Hotspur untuk meraikan kejayaan mereka bergelar juara Liga Europa.

Walaupun berada di kelompok bawahan liga, namun pengurus Spurs, Ange Postecoglou tetap menganggap anak-anak buahnya sudah melaksanakan tugasan dengan sempurna sepanjang musim ini.

“Bagaimana saya menilai prestasi kami sepanjang musim ini? Cemerlang. Kami memenangi piala pertama dalam tempoh 17 tahun dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Di awal musim, tanya mana-mana penyokong sama ada mereka menjangkakan (kejayaan Liga Europa) dan jawapannya pasti tidak ada yang pernah terlintas semua ini,” kata Postecoglou.

Spurs memulakan perlawanan di laman sendiri dengan baik apabila terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Dominic Solanke, namun Brighton bangkit memperoleh empat gol melalui Matt O’Riley, Diego Gomez serta dua jaringan Jack Hinshelwood.

Biarpun diaibkan di hadapan penyokong sendiri tiga hari selepas menjulang Liga Europa, namun ia langsung tidak menjejaskan moral barisan pemain Spurs yang sudah menganggap aksi EPL sudah tiada makna buat mereka.

Kejayaan menjuarai Liga Europa juga menyaksikan mereka bakal bermain aksi Piala Super Eropah menentang pemenang UCL sama ada Inter Milan atau Paris Saint-Germain pada 14 Ogos nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI