fbpx

Bekas pemain mahu KDN FC lunas hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASMIR mendakwa KDN FC masih belum menyelesaikan beberapa tunggakan terhadap bekas pemain pasukan itu.

BEKAS pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Jasmir Mehat mempersoal mengenai lesen kebangsaan yang diberikan untuk pasukan itu bersaing musim depan apabila mendakwa hak dirinya dan rakan sepasukan sebelum ini masih belum ditunaikan sepenuhnya.

Mengakui tidak berniat untuk jadi ‘budak nakal’ hingga menyulitkan keadaan pasukan itu beraksi di Liga Malaysia (Liga M), musim depan, pemain kelahiran Melaka itu bertegas niat utamanya adalah untuk mendapatkan hak yang dinafikan

Dakwanya, selain gaji tertunggak, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut dipotong, namun semakan dilakukannya mendapati bayaran berkenaan langsung tidak dibuat untuk tempoh setahun.

“Macam mana sesebuah pasukan Liga Super, tetapi insurans untuk pemain pun tidak ada. Sebelum ini saya pernah guna duit saya sendiri kira-kira RM3,000 untuk kos perubatan, tetapi segala tuntutan yang dihantar masih belum ada bayang.

“Apabila saya naikkan ‘IGStory’, orang akan cakap saya bermasalah, tetapi mereka tidak duduk di tempat saya. Saya pun bukan nama besar, tetapi saya cuba untuk dapatan hak saya dan apabila benda ini viral, ada pihak pengurusan hubungi untuk bincang, tetapi saya katakan semuanya perlu ikut seperti dalam kontrak.

“Saya tidak kisah nak tawarkan pemain baharu, tetapi biarlah bercakap benda yang betul. Saya harap kebenaran dapat dirungkai, hak sebagai pemain dapat diselesaikan secepat mungkin dan penelitian lebih telus supaya kebajikan kakitangan terjaga,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam masa sama, Jasmer menjelaskan dia dan rakan-rakan lain sudah pun berkorban untuk pasukan apabila sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk menyertai perlawanan memandangkan dia sudah tidak lagi menyewa di Kelantan ekoran masalah gaji yang dihadapi.

Dalam kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini, First Instance Body (FIB) memberikan lesen kebangsaan bersyarat kepada Kuala Lumpur City FC, KDN FC dan PDRM FC mengikut artikel 8 (l) Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025 (MFL CLR) dan perlu mengemukakan maklumat kewangan tambahan bagi memenuhi Kriteria Kewangan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI