PETALING JAYA – Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab hari ini.
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu adalah serius dan sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Kami ingin mengingatkan orang ramai agar tidak terperdaya dengan panggilan atau mesej yang mengakui dan menyamar Datuk Seri Saifuddin Nasution terutama perkara melibatkan kewangan atau janji temu untuk berjumpa.
“Kami amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab dan berharap masyarakat tidak mudah terperdaya dengan penipuan sebegini,” katanya. -KOSMO! ONLINE.