JAKARTA – Pengetua sebuah sekolah di wilayah Sumatera Utara digantung tugas selepas menyiarkan rakaman video memaparkan dirinya menari ketika sekolah ditenggelami banjir, lapor laman berita Kompas semalam.
Kejadian berlaku Sekolah Rendah Negeri Tiga Jumpa, daerah Karo.
Rakaman video tular di media sosial memaparkan pengetua itu bersama tiga lagi guru berjoget sambil memakai pakaian seragam kakitangan kerajaan di pekarangan sekolah yang dinaiki air.
Susulan video itu, pengetua terbabit digantung tugas oleh Pejabat Pendidikan Karo kerana melanggar peraturan.
Ketua Pejabat Pendidikan Karo berkata, tindakan itu hanya sementara.
“Sekiranya semua peraturan dipatuhi selama tiga bulan, beliau akan dibenarkan kembali bertugas,” tambahnya. – AGENSI