fbpx

Lembah Klang dilanda ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu di Kelantan melibatkan kawasan Pasir Puteh.

“Hujan lebat turut diramal di seluruh kawasan Perlis, Selangor dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Cuaca sama dijangka berlaku di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

Sementara itu, kawasan terlibat di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Selain itu, hujan lebat di Perak dijangka tertumpu di Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Johor pula, hujan lebat dijangka berlaku di kawasan daerah Mersing,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI