fbpx

ASEAN: Malaysia ‘jambatan’ perkukuh ekonomi ASEAN, GCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi antara tonggak utama memastikan hubungan ASEAN-GCC diperkukuh.

KUALA LUMPUR- Kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi antara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dilihat akan terus diperkukuh menerusi peranan dimainkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN yang menjadi ‘jambatan penghubung’ antara kedua-dua blok.

Dalam konteks ini, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bukan sahaja memastikan kemakmuran antara kedua-dua blok terus dijaga, malah perlu memastikan hubungan dagang antara negara anggota ditingkatkan.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, secara umum, perspektif dibawa ASEAN dan GCC ialah bagi merancakkan ekonomi kedua-dua negara.

Katanya, hubungan baik bersama GCC juga membolehkan lebih banyak peluang dinikmati ASEAN termasuk menerusi pertukaran idea, teknologi dan prospek kerjasama, seterusnya membawa kepada kestabilan geopolitik.

“GCC ialah negara yang khususnya ada sistem monarki, mereka membentuk satu gabungan yang memfokuskan kepada beberapa isu sepeti ekonomi dan politik.

“Dan kenapa kita mahu bekerjasama dengan mereka berikutan kekuatan GCC dan ekonomi Timur Tengah berada di situ, jadi ambil kesempatan untuk jalin hubungan dalam pelbagai aspek,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurutnya, ASEAN juga banyak bergantung kepada sumber tenaga daripada GCC dan gabungan itu turut membuat pelaburan seperti di Malaysia menerusi syarikat Saudi Aramco.

“Bagaimanapun, paling penting, mereka ada kuasa ekonomi besar yang boleh membawa keada banyak pelaburan untuk kemakmuran ASEAN khususnya negara Islam,” katanya.

Untuk rekod, GCC dianggotai oleh enam negara Timur Tengah meliputi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI