fbpx

Wanita mengamuk libas pisau di stesen kereta api, 18 cedera 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan kecemasan dan pegawai polis merawat mangsa di Stesen Sentral Hamburg semalam. - X

BERLIN – Sekurang-kurangnya 18 orang cedera ditikam seorang wanita dalam serangan di sebuah stesen kereta api di Jerman, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) di platform 13 dan 14, Stesen Sentral Hamburg. 

Suspek berusia 39 tahun itu dilaporkan menikam penumpang secara rawak ketika mereka sedang menunggu kereta api ICE 855 menuju ke Munich.

Polis dan pegawai pesekutuan bergegas ke tempat kejadian dan segera melucutkan senjata daripada suspek sebelum menangkapnya. 

Serangan itu menyebabkan 10 mangsa parah dan lapan lagi cedera ringan, demikian menurut perkhidmatan kecemasan. 

Beberapa mangsa dirawat di tempat kejadian, manakala mereka yang parah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Suspek merupakan warga Jerman yang mempunyai sejarah penyakit mental dan kerap dirawat di kemudahan psikiatri, lapor akhbar Jerman, Bild. 

“Penyerang yang ditahan merupakan seorang wanita berusia 39 tahun. Berdasarkan maklumat setakat ini, kami menganggap dia bertindak sendirian. 

“Tiada unsur politik di sebalik serangan itu,” kata Polis Hamburg di laman X. 

Berikutan kejadian itu, operasi pengangkutan awam di sekitar Stesen Sentral Hamburg dihentikan buat sementara. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI