fbpx

Trump keluar perintah larang pelajar asing belajar di Universiti Harvard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR 15 April 2025 menunjukkan Perpustakaan Memorial Harry Elkins Widener di kampus Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts. – AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump membatalkan hak pengambilan pelajar asing oleh Universiti Harvard dalam dekri yang berisiko mengancam masa depan beribu-ribu pelajar, manakala  China mengecam langkah tersebut.

Keputusan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lepas itu memberikan tamparan kewangan kepada Harvard.

Pusat pengajian tinggi berprestij di Cambridge, negeri Massachusetts itu segera mengecam keputusan Trump sebagai ‘menyalahi undang-undang’ dan berkata, ia akan menjejaskan kedua-dua kampus Harvard dan negara AS.

Trump berang dengan Harvard  yang telah menghasilkan 162 pemenang Hadiah Nobel, kerana menolak permintaan beliau agar tunduk kepada pengawasan mengenai kemasukan dan pengambilan kakitangan susulan dakwaan Harvard menjadi sarang anti-Semitik dan ideologi liberal ‘woke’.

Kehilangan warganegara asing  atau  lebih satu perempat daripada keseluruhan pelajarnya,  boleh menyebabkan kos pembelajaran di Harvard melambung tinggi. Universiti itu mengenakan yuran pengajian berpuluh-puluh ribu dolar setahun kepada pelajarnya.

“Berkuat kuasa serta-merta, pensijilan Program Pelajar dan Pelawat Pertukaran (SEVIS) Universiti Harvard dibatalkan,” kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri,  Kristi Noem dalam surat kepada Universiti Harvard,  merujuk kepada sistem utama yang membenarkan pelajar asing belajar di Amerika Syarikat.

Pentadbiran ini menuntut Harvard bertanggungjawab kerana memupuk keganasan, anti-Semitik dan mempunyai kaitan  dengan Parti Komunis China di kampusnya,” kata Noem dalam kenyataan berasingan.

Pelajar China membentuk lebih satu perlima daripada keseluruhan pendaftaran antarabangsa Harvard,  demikian menurut angka universiti, manakala Beijing berkata,  keputusan Trump ‘akan merosakkan imej dan kedudukan antarabangsa Amerika Syarikat.’

China konsisten menentang langkah mempolitikkan  kerjasama pendidikan,” kata jurucakap kementerian luar,  Mao Ning.

Terdahulu, Harvard menyaman kerajaan AS dalam  satu lagi siri langkah-langkah punitif.

Kami komited sepenuhnya untuk mengekalkan keupayaan Harvard menempatkan pelajar dan sarjana antarabangsa kami,” kata universiti itu dalam satu kenyataan, sambil menambah, pihak pengurusan sedang berusaha menawarkan bimbingan dan sokongan kepada pelajar.

Sementara itu, pelajar antarabangsa dari Austria, Karl Molden berkata,  dia mengambil langkah alternatif memohon untuk belajar di Oxford, Britain kerana  takut dengan langkah-langkah sedemikian.

“Dekri Trump  menakutkan dan menyedihkan,” kata pelajar berusia 21 tahun itu kepada AFP. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI