fbpx

Lelaki bagi ular makan kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan bangkai seekor kucing selepas dibelit ular sawa. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila memberikan seekor kucing kepada ular peliharaannya sebagai makanan, lapor portal berita Gresik Satu semalam. 

Kejadian berlaku di daerah Driyorejo, Gresik dalam wilayah Jawa Timur. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @rumahsinggahclow menunjukkan seekor kucing terbaring di atas seekor ular sawa Burma. 

Kucing itu dibelit hingga mati tetapi belum dimakan. 

Perakam klip video itu ketawa sambil berkata, makanan ular itu mahal dan mewah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 105,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan netizen. 

“Seharusnya dia (lelaki berkenaan) yang dijadikan makanan ular,” kata seorang netizen. 

“Semoga esok kamu pula dibelit ular,” kata pengguna media sosial lain. 

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rumah Singgah Clow, Bimbim menjelaskan bahawa pihaknya membuat laporan polis tentang rakaman tersebut. 

“Kami telah melaporkan ke Balai Polis Gresik dan mendapat respon cepat. Kami berharap pelaku segera ditangkap agar tiada lagi penyiksaan haiwan demi ‘konten’,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI