fbpx

EPL: Salah terus terima pengiktirafan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH dipilih sebagai pemain terbaik pada Anugerah FWA buat kali ketiga untuk menyamai pencapaian Henry. - FB LIVERPOOL

LIVERPOOL – Bintang sensasi Liverpool, Mohamad Salah teruja dapat menyamai rekod Thierry Henry apabila diberi trofi pemain terbaik pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan (FWA) musim 2024/2025 awal pagi semalam.

Kemenangan Salah adalah yang ketiga dalam kariernya selepas mendakap trofi berprestij itu pada edisi 2018 dan 2022 sekali gus berkongsi rekod dengan Henry yang turut meraih tiga pengiktirafan ketika bersama Arsenal sebelum ini.

Kata Salah, pengiktirafan yang diberikan oleh FWA memberi makna besar dalam kariernya terutama selepas berjaya membantu Liverpool menamatkan penantian trofi dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Saya teruja dengan pengiktirafan ini kerana bukan mudah selepas melihat senarai pemain yang pernah meraih anugerah istimewa ini.

“Mungkin prestasi konsisten yang saya pamerkan sepanjang musim untuk membantu pasukan meraih gelaran EPL menjadi faktor dan harap saya dapat meraih anugerah yang sama pada tahun depan sekali gus memecah rekod Henry,” katanya.

Mengulas lanjut, pemain antarabangsa Mesir yang baru menandatangani kontrak lanjutan bersama The Reds mengakui sukar untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liverpool yang masih dipegang Ian Rush dengan 346 gol.

“Saya rasa mustahil untuk saya pecahkan rekod Rush. Dia adalah penyerang yang luar biasa,” kata Salah yang telah menjaringkan 244 gol sepanjang mewakili The Reds sejak 2017. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI