fbpx

Tetap gigih jaga bapa biarpun kaki kudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kiri) bersama bapanya yang terlantar di rumah mereka di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut kelmarin.

JERANTUT – Seorang lelaki hilang punca pendapatan apabila tidak mampu lagi keluar bekerja di ladang sawit selepas sebelah kakinya terpaksa dipotong akibat komplikasi diabetes sejak tahun 2017.

Ahmad Ishak, 58, berkata, lebih menyedihkan apabila bapanya, Ishak Ibrahim, 81, terlantar sejak tahun lalu akibat sakit tua dan memerlukan penjagaan sepenuhnya.

Katanya, dia kini terbeban ke­rana tidak mampu menyediakan perbelanjaan hampir RM2,500 sebulan untuk membiayai barang keperluan dapur, ubat dan bayaran bil utiliti.

“Sejak kaki kanan saya dipotong paras lutut akibat kencing manis pada 2017, saya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan wang itulah digunakan untuk membeli barang dapur, ubat dan berulang-alik ke hospital.

“Saya kini tidak mampu lagi be­kerja di ladang sawit kerana terpaksa menggunakan tongkat. Sebelum ini pernah dua kali terbabas motosikal ketika ke kebun sawit,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua di sini kelmarin.

Menurut Ahmad, dalam sebulan, dia perlu menyediakan empat tin susu khas berharga RM320, 15 bungkus lampin pakai buang dan 30 helai kain lapik tempat tidur bapanya.

“Saya terpaksa meminta ihsan adik-beradik yang lain, tetapi mereka juga tidak mampu kerana berpendapatan kecil dan mempunyai tanggungan yang ramai,” katanya.

Dia yang juga generasi kedua Felda berkata, pendapatan hasil sawit juga tidak seberapa kerana buah sawit dalam tempoh ini melawas, tambahan pula pokok pun sudah tua, cuma menunggu tempoh dua tahun lagi ditebang.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Ahmad Ishak di talian 011-1433 8741 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Ambank bernombor 8881056579773 atas nama Ahmad Ishak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI