fbpx

Suhu di Jeddah 47 Celsius, tertinggi di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan bandar pelabuhan Jeddah di Arab Saudi. - Foto AFP

RIYADH – Bandar Pelabuhan Jeddah di Arab Saudi mencatatkan suhu paling panas setinggi 47 darjah Celsius pada Selasa lalu, lapor portal berita Gulf News semalam.

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan(NMC), Hussein Al Qahtani berkata, Jeddah merekodkan suhu paling tinggi di negaranya pada hari tersebut.

Menurut Hussein, suhu itu menggambarkan musim panas yang semakin terik khususnya di barat Arab Saudi.

Menurut NMC, musim panas di Arab Saudi akan bermula secara rasmi pada 1 Jun ini. 

Tarikh itu menandakan permulaan peningkatan suhu di seluruh Arab Saudi, demikian menurut akhbar Saudi Gazette.

Pusat meteorologi itu dilengkapi teknologi termaju untuk meramalkan keadaan cuaca. 

Ini termasuk penggunaan radar cuaca, imej satelit, balai cerap dan stesen automatik mudah alih yang beroperasi 24 jam untuk memastikan ramalan cuaca yang tepat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI