fbpx

Rakan pekerja kilang getah direman tujuh hari siasat kes simbah asid pemilik spa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa suspek (tengah) selepas prosiding reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

KOTA BHARU – Rakan kepada seorang wanita yang bekerja di kilang getah direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes simbah asid sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada pemilik spa di Beris Kubur Besar, di sini pada Sabtu lalu.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga Khamis depan terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Tahanan reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi dengan menaiki kereta polis.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang lelaki yang bekerja di sebuah kilang getah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian simbah asid terhadap pemilik spa di Beris Kubur Besar, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu merupakan kenalan kepada suspek pertama yang ditahan di Kuala Krai, kira-kira pukul 4 petang semalam.

Menurutnya, suspek ditahan di sebuah kilang getah oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok selepas hasil soal siasat terhadap suspek pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI