fbpx

‘Mula-mula overthinking kemudian macam culture shock’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAS T mengakui semacam 'culture shock' dengan perhatian umum sebaik namanya mula-mula dicanang-canang sebagai Keluang Man sehinggalah menjelang tayangan tidak lama lagi.

PUTRAJAYA – Pertama kali diangkat sebagai hero filem, pelakon Nas-T mengakui gementar menanti reaksi penonton filem Keluang Man yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 29 Mei ini.

Menurut pemilik nama lengkap Nas Muammar Zar Nasruddin, 40, membawa peranan utama dalam sebuah naskhah yang besar memberinya tekanan berbanding sebelum ini yang hanya menyandang watak tambahan.

“Ini kali pertama saya memainkan watak utama. Selalunya orang lain yang ke depan tetapi kali ini saya.

“Disebabkan itu, banyak benda fikir sehingga ‘overthinking’ dan risau orang tak boleh terima saya sebagai hero.

“Kerisauan ini buatkan tidur pun tak lena tetapi isteri saya, Atita Haris beri semangat. Paling saya harap ialah orang ramai dapat terima dan suka dengan filem ini,” katanya kepada HibGlam selepas majlis tayangan gala Keluang Man, semalam.

Dalam masa sama, Nas-T tidak menafikan Keluang Man berjaya membuatkan namanya kembali menjadi bualan ramai sekali gus melonjakkan kembali populariti sebagai pelakon.

“Sejak terlibat dengan Keluang Man, ini kali pertama saya dapat perhatian yang sangat besar. Rasa macam ‘culture shock’ juga.

“Namun, memandangkan saya pun boleh dikirakan pelakon ‘senior’ dan pernah melalui situasi sebegini, tiada masalah sangat cuma kerja saya lebih ekstra seperti ada sesi bertemu peminat dan buat konten media sosial.

“Saya okey sahaja sebab buat masa sekarang tiada lagi benda lain yang saya tahu buat selain berlakon. Inilah periuk nasi saya sejak berbelas tahun lalu,” ujarnya.

Selain Nas-T, filem arahan Anwari Ashraf itu turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Remy Ishak dan Shweta Sekhon. Filem Keluang Man diadaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada penghujung era 1990-an.- HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI