fbpx

Liga Europa: Spurs buang ego demi julang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS menamatkan penantian sepanjang 17 tahun tanpa gelaran apabila menjulang kejuaraan Liga Europa awal pagi semalam. - AFP

BILBAO – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou terpaksa ‘membuang’ ego apabila tidak menerapkan taktikal kegemarannya selepas membantu pasukan menjulang trofi Liga Europa dengan menewaskan Manchester United 1-0 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium San Mames itu, Spurs gagal mendominasi perlawanan seperti biasa dan hanya bertahan selepas Brennan Johnson meledak gol tunggal pada penghujung babak pertama.

Kata Postecoglou, keputusan untuk beraksi secara ‘parkir bas’ adalah disebabkan mahu menunaikan janji kepada peminat bahawa mahu menghadiahkan trofi pertama buat pasukan dalam tempoh 17 tahun.

“Saya rasa sepanjang kejohanan ini, saya menggunakan taktikal yang berbeza dan ada pelan B. Kita berjaya mengekang asakan pasukan lawan dan memanfaatkan apa sahaja peluang yang terhidang.

“Selain itu, kehilangan beberapa pemain yang kreatif seperti James Maddison, Dejan Kulusevski dan Lucas Bergvall juga memaksa kita bermain secara bertahan,” katanya.

Sementara itu, Postecoglou turut mengakui tidak tahu status masa depannya dan menanti keputusan pihak pengurusan selepas dikhabarkan bakal dipecat pada penghujung musim nanti.

“Saya rasa fokus utama adalah memastikan pasukan ini terus melangkah ke depan. Bukan tugas saya untuk menentukan masa depan sendiri kerana saya hanyalah jurulatih.

“Jika ditanya, sudah tentu saya mahu kekal kerana masih ada tugas yang belum selesai bersama Spurs tetapi apa yang penting, saya sudah bantu mereka menamatkan kemarau panjang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI