fbpx

Cools bakal berhijrah ke Liga Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS menikmati tempoh terbaik karier bersama Buriram pada sudah merangkul tiga piala musim ini dan memburu satu lagi trofi terakhir. - FB BURIRAM UNITED

MASA depan pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools menjadi tanda tanya apabila kontraknya bersama kelab Thailand, Buriram United bakal berakhir secara rasmi pada 30 Jun depan.

Berdasarkan data daripada laman web transfermrkt.com, Cools masih memiliki ‘harga’ di pasaran antarabangsa dengan nilai sekitar €1 juta (RM4.8 juta).

Menerusi spekulasi media Thailand, Cools sudah mendapat tawaran daripada kelab Jepun, Cerezo Osaka sekali gus bakal berhijrah secara percuma ke bumi Matahari Terbit itu.

Sekiranya perpindahan itu berjaya, Cools akan kembali bekerjasama dengan Arthur Papas yang pernah melatih Buriram sebelum berhijrah ke Osaka pada Mac lepas.

Sebagai rekod, kali terakhir Cools berhijrah adalah ketika jendela perpindahan Januari 2023 selepas menyertai Buriram daripada kelab Republik Czech, Jablonec secara percuma dengan kontrak yang berakhir pada bulan ini.

Pemain berdarah kacukan Belgium itu mempamerkan musim cemerlang dan mahu menamatkan saingan musim ini dengan meraih gelaran quadruple bersama Buriram selepas menjulang trofi Liga 1 Thailand dan Piala FA Thailand.

Lebih manis, Cools berjaya membantu Thunder Castle meraih gelaran Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2025 dengan menewaskan Cong Anh Hanoi menerusi penentuan penalti 3-2 pada aksi final yang berakhir kelmarin.

Satu lagi aksi final menanti Cools sebelum menamatkan saingan musim ini dengan perlawanan akhir Piala Liga Thailand akan berlangsung pada 31 Mei depan menentang Lamphun Warrior.

Selepas itu, Cools akan terus terbang ke Kuala Lumpur untuk melaporkan diri bersama Harimau Malaya pada Jun depan untuk kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI