fbpx

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan bantu anak waris FRU yang bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) negeri Perak di Ipoh hari ini. Foto FADZIL ZAINOL/KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri Perak menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) akan membantu anak-anak anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit dalam kemalangan maut di Teluk Intan pada minggu lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan diberikan termasuk melibatkan keperluan anak-anak mangsa yang masih bersekolah.

Kata beliau, sumbangan wang tunai segera bagi urusan pengebumian jenazah juga telah diberikan kepada waris selepas kejadian tersebut berlaku.

“Bantuan-bantuan lain kita akan bincang, apa yang kita boleh buat. Sebab kita lihat ada juga yang diberikan oleh peringkat Persekutuan. Mereka pun ada insurans berkelompok dan sebagainya.

“Kerajaan negeri, kita akan bincang minggu depan apa kita boleh bantu. Kita barangkali boleh melihat bagaimana YBU boleh membantu anak-anak mangsa yang masih bersekolah,” katanya kepada pemberita.

Katanya, perincian mengenai perkara itu dan lain-lain bantuan akan dibentangkan pada mesyuarat Exco kerajaan negeri minggu depan.

Pada 13 Mei lalu, trak FRU yang membawa 18 anggota menuju ke Ipoh selepas selesai bertugas di Teluk Intan bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu.

Lapan anggota maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI