fbpx

LRA Sungai Johor beroperasi pada kadar 50 peratus sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA daripada sembilan pam air di LRA Sungai Johor telah kembali beroperasi bagi memulihkan 50 peratus bekalan air melibatkan kira-kira 100,000 akaun pengguna sekitar Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Gangguan bekalan air akibat kerosakan pam di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor yang menjejaskan 100,000 akaun pengguna sekitar daerah ini telah pulih sebanyak 50 peratus sejak tengah malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, dua pam telah siap dibaiki dan telah kembali beroperasi.

“Untuk makluman, punca kerosakan ialah paip yang menyedut air dari Sungai Skudai telah bocor, mengakibatkan rumah pam ditenggelami air. Terdapat sembilan unit pam di dalam rumah pam ditenggelami air dan mengalami kerosakan serius, menyebabkan kesemua pam perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

“Disebabkan bilangan unit yang rosak ini banyak, ia mengambil masa agak lama. Sekarang dua unit pam telah siap dibaiki dan sedang dipasang di rumah pam dan akan dioperasikan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, beliau memaklumkan kerosakan itu menyebabkan operasi LRA Sungai Johor terpaksa dihentikan sepenuhnya dan gangguan itu mengakibatkan agihan air kira-kira 318 juta liter sehari  tidak dapat disalurkan kepada pengguna di beberapa kawasan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI