fbpx

Final Liga Europa: Spurs ranap impian Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Spurs, Son Heung-min menjulang trofi Liga Europa awal pagi tadi. - Foto ihsan Facebook Tottenham Hotspur

BILBAO – Tottenham Hotspur berjaya menamatkan  penantian 17 tahun tanpa sebarang trofi selepas menewaskan seteru Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United 1-0 untuk menjulang Liga Europa awal pagi tadi

Pada aksi di Stadium San Mames itu, Spurs gagal mendominasi perlawanan seperti biasa dan hanya bertahan selepas Brennan Johnson meledak gol tunggal pada penghujung babak pertama.

Namun, ia sudah cukup untuk memastikan Spurs mengakhiri penantian trofi pertama sejak menjulang Piala EFL edisi 2008.

Malah, The Lilywhites juga mengakhiri kemarau kejuaraan Eropah selama 41 tahun selepas kali terakhir menjuarai Piala Uefa (kini Liga Europa) pada musim 1984.

Kemenangan itu menyaksikan Spurs meraih slot automatik ke kancah Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Bagi United, kekalahan tersebut memastikan maruah The Red Devils semakin tercalar kerana menduduki tangga ke-16 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sekali gus gagal beraksi di kejohanan Eropah musim depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI