fbpx

Curi duit masjid untuk baiki kereta, bayar sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Mustafah menunjukkan tabung masjid yang dilarikan dua sahabat di sekitar daerah Kuala Pilah.

KUALA PILAH – Dua sahabat yang mencuri duit tabung di lima buah masjid di sekitar daerah ini awal pagi kelmarin berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam.

Salah seorang suspek mendakwa dia terdesak melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyelenggara kenderaan dan membayar sewa rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kedua-dua suspek berusia 19 tahun dan awal 20-an itu ditahan di rumah keluarga masing-masing susulan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan maklumat awam.

Katanya, mereka mengaku memecah tabung di Masjid Sungai Dua Kecil, Masjid Kuala Sungai Dua, Masjid Kariah Kampung Parit, Masjid Nur Salbiah, Kariah Selaru, Dangi serta Masjid Kariah Sungai Dua Besar.

“Mereka melarikan dua tabung masjid saiz besar dan kecil menggunakan kereta jenis Perodua Kancil. Suspek mengaku terbabit dalam satu kes pecah tabung masjid di Jelebu.

“Kita merampas semula dua tabung besi, wang kertas berjumlah RM113 dan syiling RM7,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI