fbpx

Raja Permaisuri Agong santuni sahabat lama di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Zarith Sofiah berkenan menyantuni sahabat lama, Zaiton di Kelantan hari ini.

PETALING JAYA- Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyantuni sahabat lama baginda, Zaiton Hashim yang lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton yang menetap di Kelantan.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, persahabatan Raja Zarith Sofiah bersama Kak Ton mula terjalin akibat penyakit encephalomyelitis yang dihidapi anak perempuan Kak Ton, Allahyarhamah Samihah Suradin yang meninggal dunia pada tahun 2000.

“Penyakit itu menyebabkan Mimi lumpuh dari leher ke bawah dan tidak mampu bernafas tanpa bantuan mesin pernafasan.

“Saya mendapat tahu tentang kisah Kak Ton dan Mimi melalui laman sesawang yang dibuka bagi menyalurkan bantuan kepada mereka.

“Kami menjadi sahabat kerana kami berdua mempunyai anak yang umurnya sebaya, tetapi saya tersentuh kerana Arwah Mimi yang tua setahun daripada Tunku Tun Aminah terpaksa hidup bertahun-tahun lamanya dalam wad ICU,” titah Baginda.

Turut berangkat sama dalam pertemuan itu ialah Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Selain itu, Raja Permaisuri Agong bertitah, perbezaan antara latar belakang dan tempat tinggal antara Johor dan Kelantan tidak membataskan persahabatan mereka.

“Pada saya, Kak Ton merupakan seorang insan istimewa yang sangat penyabar dan percaya kepada ketentuan Allah SWT, walaupun diduga dengan ujian yang begitu berat,” titah Baginda.

Sementara itu, Zaiton turut melahirkan rasa terharu apabila Seri Paduka Baginda menjemputnya untuk mengadap pada hari ini.

“Walaupun sudah lama tidak bersua, kami sentiasa berhubung melalui telefon,” katanya.

Terdahulu, pertemuan itu berlangsung selepas selesai keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke acara Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Kota Bahru.

Semasa pertemuan, Zaiton turut menunjukkan kepada Raja Permaisuri Agong sebuah album yang mengabadikan kenangan lawatan beliau mengadap Seri Paduka Baginda di Istana Pasir Pelangi pada tahun 1998, dan penerimaan sumbangan untuk Allahyarhamah Samihah dalam satu majlis makan malam Ikebana International. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI