JAKARTA – Satu pasukan bomba dan penyelamat di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana sanggup meluangkan masa untuk mendengar dan menyelesaikan masalah dialami seorang pemilik rumah berhubung isu tunggakan sewa, lapor portal berita Abatanews semalam.
Kejadian berlaku di Kota Depok, wilayah Jawa Barat.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mood.jakarta menunjukkan anggota-anggota bomba sedang mendengar luahan hati wanita terbabit di balai mereka.
Wanita itu berkata, dia terpaksa menanggung rugi apabila penyewa tidak membayar sewa rumah selama beberapa bulan.
“Meskipun diminta secara baik untuk mengosongkan rumah tersebut, penyewa tetap enggan keluar,” kata wanita itu.
Selepas mendengar luahan tersebut, mereka menyarankan wanita itu untuk bertemu dengan pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya. – AGENSI