fbpx

Pegawai imigresen koyak tiket penerbangan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiket penerbangan yang dikoyak oleh pegawai imigresen terbabit pada 13 Mei lalu. - Threads

HANOI – Seorang pegawai imigresen digantung tugas selepas mengoyakkan tiket penerbangan milik seorang pelancong dari Taiwan di sebuah lapangan terbang di selatan Vietnam, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc pada 13 Mei lalu. 

Sepasang suami isteri meminta pegawai terbabit untuk melaksanakan prosedur imigresen dua orang dalam satu masa selepas kedua-dua anak mereka tidak sihat dan perlu digendong. 

Permintaan mereka bagaimanapun ditolak dan pasangan tersebut diarah untuk menunggu. 

Ketika mereka bertanya mengenai prosedur tersebut, pegawai itu tiba-tiba mengoyakkan tiket penerbangan milik si ibu. 

Pengalaman pahit itu dikongsikan di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Kementerian Keselamatan Awam Vietnam kemudian tampil menyatakan bahawa pegawai tersebut telah dikenakan tindakan disiplin kerana bersikap ‘tidak wajar’ terhadap pelancong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI