fbpx

Pancaran cahaya misteri muncul di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANCARAN cahaya misteri muncul di langit AS. - Foto Mike Lewinski/Flickr

WASHINGTON – Satu pancaran cahaya misteri dirakam melintasi langit di selatan negeri New Mexico, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita MailOnline semalam. 

Sekitar tengah malam Sabtu lalu, pancaran cahaya itu mengejutkan orang ramai dari Safford, negeri Arizona hingga ke New Mexico.

Pada mulanya, ramai menyangka ia merupakan cahaya lembayung putih yang dipancarkan oleh sejumlah zarah bercas.

Namun, ahli astronomi kemudian mendedahkan penjelasan sebenar untuk fenomena aneh itu.

Seorang ahli astronomi, Dr. Jonathan McDowell berkata, cahaya itu disebabkan oleh bahan api roket.

Hanya sejam atau lebih sebelum cahaya itu kelihatan, syarikat China, LandSpace Technology melancarkan roket Zhuque-2E Y2 berbahan api metana dan oksigen.

McDowell berkata, sumber cahaya yang paling tinggi kemungkinannya adalah peringkat kedua roket itu yang melepaskan bahan api Methalox. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI