fbpx

Nafas umum kadar dividen SPKP-DPK 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad pada Majlis Pengumuman kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) Dana Peladang Kebangsaan (DPK) di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) hari ini mengumumkan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) Dana Peladang Kebangsaan (DPK) sebanyak 10 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kadar dividen itu merangkumi tujuh peratus dividen dan tiga peratus bonus untuk pelaburan sehingga 100,000 unit pertama, manakala hibah sebanyak 0.75 peratus diberikan kepada akaun simpanan Al-Wadiah DPK.

Menurut beliau, DPK turut mencatat keuntungan bersih sebanyak RM20 juta dengan agihan dividen dan bonus berjumlah RM16 juta atau 80 peratus daripada keuntungan  tersebut.

Jelasnya, jumlah keseluruhan komitmen bayaran dividen dan hibah yang mencecah RM16.1 juta itu memberi manfaat kepada 15,000 pelabur DPK di seluruh negara.

“Saya dimaklumkan bahawa prestasi DPK bagi tahun 2024 mencatatkan pertumbuhan yang membanggakan, termasuk dari segi keuntungan, jumlah aset serta pengagihan manfaat kepada pelabur.

“Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap struktur pentadbiran dan dasar pelaburan yang diterajui oleh DPK semakin kukuh dari tahun ke tahun,” katanya pada Majlis Pengumuman Dividen SPKP Dana Peladang Kebangsaan Tahun 2024 di sini hari ini.

Sejak ditubuhkan pada 2013, DPK telah mengagihkan dividen dan hibah keseluruhan sebanyak RM69.2 juta kepada pelabur dengan lonjakan melebihi 30 peratus bagi tahun kewangan 2024.

Sehingga 31 Disember 2024, jumlah pelaburan SPKP-DPK meningkat kepada RM264.7 juta, sementara dana keseluruhan yang diuruskan DPK kini hampir mencecah RM273 juta melalui portfolio pelaburan jangka pendek dan panjang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI