fbpx

Lelaki curi topi keledar akibat kecewa bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa topi keledar yang dicuri daripada pasangan kekasih. - VNExpress

HANOI – Seorang lelaki di Vietnam mengundang perhatian ramai kerana mencuri topi keledar daripada pasangan kekasih sebagai bentuk balas dendam akibat kecewa putus cinta, lapor portal berita VNExpress. 

Duong Quang Thien, 21, dan rakan subahatnya, Mai Thanh Quyet, 20, didakwa atas tuduhan mencuri harta benda, demikian menurut polis tempatan. 

“Walaupun kecurian itu tidak menyebabkan kerugian yang ketara, perbuatan tersebut adalah salah dan memerlukan pengendalian ketat bagi menghalang perkara sama daripada berulang,” kata polis. 

Thien meyakinkan Quyet untuk bersekongkol dengannya selepas berpisah dengan teman wanitanya. 

Mereka menyasarkan kawasan di mana pasangan kekasih sering berkumpul lalu mencuri topi keledar yang ditinggalkan di atas motosikal. 

Kedua-dua suspek ditangkap ketika cuba menyembunyikan topi keledar yang dicuri berhampiran Jambatan Cinta di bandar Quang Ngai, Sabtu lalu. 

“Semasa disoal siasat, kedua-dua suspek mengaku mencuri topi keledar lebih 10 kali sebagai satu bentuk balas dendam terhadap pasangan yang bercinta,” tambah polis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI